BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 21 August 2012

Oh tidak...,PMR dah nak dekat!!

Saturday 28 April 2012

Surat untuk sahabat..

Sahabatku,
Engkau adalah jantung hati ku,
Engkau sentiasa ada dekat dengan ku,
Tak kira susah atau senang,
Sedih atau gembira...
Tetapi itu dulu,
Engkau telah mengkhianati aku,
Aku tidak tahu mengapa dan kenapa engkau membuatku begini,
Membiarkanku terluka,
Terbaring akibat kesakitan yang dialami,
Apakah ini ertinya persahabatan??


Oh sahabatku,
Mungkin sekarang kita bukan lagi sahabat rapat seperti dulu,
Tetapi engkau masih lagi saudara bagi ku.
Semua kenangan yang pernah kita alami dahulu akan ku lepaskan,
Kerana semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dalam hati ku,
Aku serahkan semuanya kepada Tuhan,
Semoga Dia akan sentiasa memberkati,
Menlindungi,
Dan mengampuni dosa engkau.


Dengan ini bekas sahabat baikku,
Aku maafkan semua perbuatanmu terhadap ku,
Dan sekarang,
Aku sangat berharap agar engkau juga boleh mengampuni semua dosaku..
Hanya itu sahaja aku mahu,tiada yang lain.


Bekas sahabatmu,
Judith 






Saturday 10 March 2012

Angin Ribut Diredakan (MRK 4:35-41)

"Pada hari itu,waktu hari sudah petang,Yesus berkata kepada mereka:'Marilah kita bertolak ke seberang.'Mereka meninggalkan orang banyak itu lalu bertolak dan membawa Yesus beserta dengan mereka dalam perahu di mana Yesus telah duduk dan perahu-perahu lain juga menyertai Dia. Lalu mengamuklah taufan yang dahsyat dan ombak menyembur masuk ke dalam perahu,sehingga perahu itu mulai penuh dengan air.Pada waktu itu Yesus sedang tidur di buritan di sebuah tilam.Maka murid-murid-Nya membangunkan Dia dan berkata kepadaNya: 'Guru,Engkau tidak peduli kalau kita binasa?' Ia pun bangun,menghardik angin itu dan berkata kepada danau itu: 'Diam! Tenanglah!' Lalu anginitu reda dan danau itu menjadi teduh sekali.Lalu Ia berkata kepada mereka: 'Mengapa kamu begitu takut?Mengapa kamu tidak percaya?' Mereka menjadi sangat takut dan berkata seorang kepada yang lain: 'Siapa gerangan orang ini,sehingga angin dan danau pun taat kepada-Nya?'

Saudara-saudari faham tak apa yang dimaksudkan  dengan injil di atas?Nah! Klau tak faham,mari adik cite kan...


Ehem...,sebenarnya,kita juga seperti anak murid Yesus.Murid-murid-Nya beranggap Yesus itu tidak berpengetahuan dari segi pelayaran.Mereka hanya beranggap Dia seorang anak tukang kayu. Oleh sebab Yesus tidak diperlukan,maka Dia pun tidur di buritan di sebuah tilam.Sama seperti kita,kita selalu memikirkan bahawa kita lebih hebat daripada Tuhan.Setiap pagi,kita tidak 'membangunkan' Dia untuk menyertai kita sepanjang hari itu. Saudara-saudari,berdoalah selalu tak kira di jambankah,tengah memasakkah,naik bas- kah,berdoalah. Dan bila kita dilanda masalah,baru kita kelam kabut cari Yesus...Ingatlah saudari-saudari,kalau kita sudah sesat,baliklah ke pangkalan jalan di mana kalian tinggalkan Yesus,bertobatlah.




Seperti Yesus,kita haruslah membantu mereka yang bermasalah dengan sedaya upaya baru menasihati mereka. Kalau kita yang di dalam masalah,ulangilah ayat ini 'Diam! Tenanglah!' Memang berkesan untuk menghilangkan rasa gementar/takut/marah.



Lagi satu,kita selalu menanya siapa Yesus itu seperti anak murid-Nya selepas mereka dibantu oleh Dia.

Janganlah kita menjadi seperti mereka.



Sekian sahaja injil pada hari ini.Terima kasih kerana membaca blog ini.

Friday 14 October 2011

Hal Pengabulan Doa(Luk.11:9-13)

"Mintalah,maka akan diberikan kepadamu;carilah,maka kamu akan mendapat;ketoklah,maka pintu akan dibukakan bagimu.Kerana setiap orang yang meminta,menerima dan setiap orang yang mencari ,mendapat dan setiap orang yang mengetok,baginya pintu dibukakan.Adakah seorang dari padamu yang memberi batu kepada anaknya,jika ia meminta roti,atau memberi ular,jika ia meminta ikan?Jadi jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu,apalagi Bapamu yang disorga!Ia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta kepada-Nya."(Luk.11:9-13)

Tuhan itu pengasih dan penyayang.Tetapi,kenapa sesetengah orang berdoa kepada Tuhan,tetapi doa mereka tidak dijawab/dikabulkan oleh Tuhan?Sebenarnya...,Tuhan ada menjawab doa-doa kita...,tetapi cuma sekadar berbisik sahaja.Mari,saya ada satu cerita mahu cerita sama para pembaca sekalian.

     'Ada seorang datuk tua yang meninginkan sebuah kereta Ferari yang cantik dan cool semasa hari jadi dia,so,dia berdoa sama Tuhan:"Ya Tuhan,saya mohon kepada Engkau Ya Tuhan,berilah hamba-Mu ini sebuah kereta Ferari semasa ulang tahun saya nanti.Amin."Begitulah dia berdoa dengan Tuhan.Dan semasa ulang tahunnya,dia telah mendapat sebuah mainan kereta Ferari,tetapi bukan yang real punya.Dia pun marah sama Tuhanlah...'

 Para pembaca sekalian rasa apa yang diperbuat oleh orang tua itu betulkah?Bagi saya,apa yang dibuat oleh orang tua tersebut adalah salah.Tuhan memberikan dia sebuah mainan kereta Ferari sebab Tuhan sayang sama dia.Tuhan tidak tidak mahu dia kemalangan,sebab itulah Tuhan kasih dia mainan sahaja.Tuhan mahu dia hidup sihat,tetapi orang tua tersebut marah pula dengan Tuhan,perbuatan itu memang salah.

 Tuhan sentiasa berbisik kepada kia,tapi kita tidak dapat mendengar bisikan-Nya itu,so kita seharusnya berdoa kepada Tuhan untuk berikan petunjuk tersebut kepada kita.Dan jika kita sudah mendapat apa yang disampaikan oleh Tuhan,kita sepatutnya melaksanakannya....