BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 14 October 2011

Hal Pengabulan Doa(Luk.11:9-13)

"Mintalah,maka akan diberikan kepadamu;carilah,maka kamu akan mendapat;ketoklah,maka pintu akan dibukakan bagimu.Kerana setiap orang yang meminta,menerima dan setiap orang yang mencari ,mendapat dan setiap orang yang mengetok,baginya pintu dibukakan.Adakah seorang dari padamu yang memberi batu kepada anaknya,jika ia meminta roti,atau memberi ular,jika ia meminta ikan?Jadi jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu,apalagi Bapamu yang disorga!Ia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta kepada-Nya."(Luk.11:9-13)

Tuhan itu pengasih dan penyayang.Tetapi,kenapa sesetengah orang berdoa kepada Tuhan,tetapi doa mereka tidak dijawab/dikabulkan oleh Tuhan?Sebenarnya...,Tuhan ada menjawab doa-doa kita...,tetapi cuma sekadar berbisik sahaja.Mari,saya ada satu cerita mahu cerita sama para pembaca sekalian.

     'Ada seorang datuk tua yang meninginkan sebuah kereta Ferari yang cantik dan cool semasa hari jadi dia,so,dia berdoa sama Tuhan:"Ya Tuhan,saya mohon kepada Engkau Ya Tuhan,berilah hamba-Mu ini sebuah kereta Ferari semasa ulang tahun saya nanti.Amin."Begitulah dia berdoa dengan Tuhan.Dan semasa ulang tahunnya,dia telah mendapat sebuah mainan kereta Ferari,tetapi bukan yang real punya.Dia pun marah sama Tuhanlah...'

 Para pembaca sekalian rasa apa yang diperbuat oleh orang tua itu betulkah?Bagi saya,apa yang dibuat oleh orang tua tersebut adalah salah.Tuhan memberikan dia sebuah mainan kereta Ferari sebab Tuhan sayang sama dia.Tuhan tidak tidak mahu dia kemalangan,sebab itulah Tuhan kasih dia mainan sahaja.Tuhan mahu dia hidup sihat,tetapi orang tua tersebut marah pula dengan Tuhan,perbuatan itu memang salah.

 Tuhan sentiasa berbisik kepada kia,tapi kita tidak dapat mendengar bisikan-Nya itu,so kita seharusnya berdoa kepada Tuhan untuk berikan petunjuk tersebut kepada kita.Dan jika kita sudah mendapat apa yang disampaikan oleh Tuhan,kita sepatutnya melaksanakannya.... 




 

0 comments: