BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 28 April 2012

Surat untuk sahabat..

Sahabatku,
Engkau adalah jantung hati ku,
Engkau sentiasa ada dekat dengan ku,
Tak kira susah atau senang,
Sedih atau gembira...
Tetapi itu dulu,
Engkau telah mengkhianati aku,
Aku tidak tahu mengapa dan kenapa engkau membuatku begini,
Membiarkanku terluka,
Terbaring akibat kesakitan yang dialami,
Apakah ini ertinya persahabatan??


Oh sahabatku,
Mungkin sekarang kita bukan lagi sahabat rapat seperti dulu,
Tetapi engkau masih lagi saudara bagi ku.
Semua kenangan yang pernah kita alami dahulu akan ku lepaskan,
Kerana semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dalam hati ku,
Aku serahkan semuanya kepada Tuhan,
Semoga Dia akan sentiasa memberkati,
Menlindungi,
Dan mengampuni dosa engkau.


Dengan ini bekas sahabat baikku,
Aku maafkan semua perbuatanmu terhadap ku,
Dan sekarang,
Aku sangat berharap agar engkau juga boleh mengampuni semua dosaku..
Hanya itu sahaja aku mahu,tiada yang lain.


Bekas sahabatmu,
Judith 






0 comments: